Sunday, May 24, 2009

Assalammualaikum.....

Adeh....
Lame... nyer... pokcik tak update blog ni huhuhu....
pokcik bukan ape... sebuk ler...
ok untuk korang pokcik lotak la siket.. beberape petua untuk korang ok...

5 Deria Seorang Usahawan

Perkataan “usahawan” semakin banyak dan hangat diperkatakan sekarang. Jangan disebabkan anda berjaya membina perniagaan anda sendiri bermaksud anda adalah seorang usahawan. Maaf, jika apa yang saya katakan ini menyinggung perasaan anda.

Usahawan mempunyai “mindset” yang berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. Usahawan akan melakukan perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran orang lain dan menghabiskan setiap kerja yang mereka mulakan.

Di sini, saya telah menyenaraikan apa yang saya panggil sebagai 5 Deria Ciri-Ciri Seorang Usahawan berbanding orang biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 5 jenis deria iaitu deria bau, rasa, pendengaran, sentuh dan penglihatan. Usahawan juga mempunyai kelima-lima deria ini, tetapi ia berbeza sama sekali.

Di bawah menceritakan bagaimana kelima-lima deria ini digunakan oleh usahawan:

BAU
Seorang usahawan boleh menghidu kejayaan daripada jauh lagi. Mereka boleh menghidu kejayaan walaupun belum pernah mengalaminya. Kemanisan menghidu kejayaan ini membolehkan mereka terus bergerak untuk mencapai matlamat mereka. Seseorang usahawan bukan sahaja boleh menghidu kejayaan malah mereka juga boleh menghidu risiko yang bakal dialami. Saya tidak mengatakan bahawa semua penyelesaian dan kejayaan berada dalam genggaman mereka, cuma apabila mereka menggunakan pengalaman-pengalaman yang mereka ada, mereka dengan pantas dapat menghidu apa yang bakal berlaku. Ini merupakan deria yang paling penting dalam keusahawanan. Jika sesuatu peluang itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar, seseorang usahawan itu biasanya akan membiarkan ia pergi begitu sahaja.

RASA
Seseorang usahawan dapat merasai kejayaan dalam setiap apa yang mereka lakukan. Mereka tidak peduli akan kepahitan yang sedang dialami sekarang kerana mereka tahu akan rasa kemanisan kejayaan yang bakal diperolehi di kemudian hari. Walaupun mereka rasa ada sesuatu yang tidak betul, sama ada mereka tersalah dalam membuat keputusan ataupun perbincangan tidak berjalan lancar, mereka tidak akan cepat berputus asa malah akan terus berjuang sehingga berjaya. Sama seperti kita di waktu kecil dahulu, kita dipaksa untuk memakan sayur-sayuran walaupun kita tidak suka memakannya.Setelah kita meningkat dewasa, kita boleh memilih apa yang kita mahukan di pinggan kita, betul tak? Begitu juga seorang usahawan. Mereka mesti melalui saat-saat getir dan kepayahan seperti orang lain sebelum mereka berjaya.

PENDENGARAN
Melalui telinga, ia menerima banyak gelombang bunyi dan memproses isyarat tersebut kepada sesuatu yang boleh difahami oleh akal kita. Kita semua mendengar pelbagai maklumbalas yang berbeza, pelbagai peluang perniagaan dan potensi urusniaga dalam kehidupan kita. Apa yang membezakan diantara usahawan dengan yang lain ialah mereka akan mentafsir informasi yang diperolehi dan bertindak. Usahawan juga memiliki kemampuan untuk menghalang informasi negatif daripada didengari oleh telinga mereka. Usahawan bukanlah mereka yang membiarkan perkara atau informasi yang negatif menguasai diri dan seterusnya tindakan mereka. Mereka lebih suka untuk memilih apa yang mereka mahu dengar. Mereka tahu apa yang mereka hendak dengar dan mereka tahu bagaimana bunyinya sesuatu kejayaan.

SENTUHAN
Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan mudah berputus asa sehingga berjaya menggapai apa yang mereka mahukan. Pada satu ketika, ia memakan masa yang agak lama dan ada yang mengambil masa yang singkat sahaja. Tidak semua yang usahawan lakukan akan mendatangkan hasil. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah mereka tahu akan perasaan yang mereka mahukan selepas beroleh kejayaan. Mereka juga tahu bila dan tahap mana mereka perlu bekerja keras.

PENGLIHATAN
Usahawan boleh melihat sesuatu yang peniaga biasa tidak boleh. Maksudnya, mereka boleh melihat potensi sekecil-kecil sesuatu benda, sama ada ia merupakan tren baru atau melakukan sesuatu yang berlainan. Hasilnya, mereka mendapat pulangan yang banyak berbanding oran lain di sekeliling mereka. usahawan juga mempunyai pandangan yang jauh untuk melihat halangan dan masalah yang kebiasaannya menjadi titik noktah bagi peniaga biasa yang lain. Mereka tidak berapa hebat dalam perkara-perkara yang berlaku di hadapan mata mereka, perkara-perkara seharian kerana mereka sudah memikirkan sesuatu perkara dengan lebih jauh. Ya, anda boleh katakan usahawan sentiasa peka, dan apabila mereka fokus pada sesuatu, mereka akan melihat sehingga ke penghujungnya. Apa yang mereka nampak, mereka akan terus lakukannya agar tidak menimbulkan kebimbangan, keraguan dan seterusnya kehilangan momentum.

Seperti yang anda dapat lihat di atas, terdapat banyak faktor yang membezakan di antara seorang usahawan dengan peniaga biasa. Jadi, adakah anda tergolong didalam golongan usahawan atau pemilik perniagaan biasa?

Renung-renungkan!

Tuesday, December 23, 2008

Makanan kegemaran b@pakmude......

Hari ni pokcik nak kongsi dua benda yg jadi kegilaan pokcik heheh (pokcik suke makan benda ni)

nanti kalo korang suke korang boleh cube masak natang ni... hehe...

try la eak...

Resepi 1st
Lasagna


Bahan-bahan ( 6 orang )
• 300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
• 1 botol prego (yang kecil)
• 2-3 batang celery
• cendawan butang (sebanyak yang suka)
• 2 biji tomato (potong dadu)
• 1 biji lobak merah (dihiris halus)
• 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
• 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
• 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
• Sedikit lada sulah
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
• Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
• 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
• 2 sudu besar mentega
• 4 sudu besar tepung gandum
• 1 peket Cheddar cheese (115g)
• 1-2 cawan susu
• Sedikit garam untuk perasa
• (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)
Cara-cara
1. Panaskan oven 180 C
2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
7. Sediakan sauce pan, panaskan.
8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)


Resepi 2nd
Sushi


Bahan-Bahan:
Nasi Sushi:
3 1/3 cawan beras jepun (khas utk sushi)
4 cawan air
5 sudu besar cuka beras
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara:
Basuh beras dan masak dengan sukatan air yg diberikan.
Campurkan cuka, garam dan gula di dalam periuk kecil. Panaskan (low heat) dan gaulkan sehingga larut. Alihkan dari api dan paksa sejuk dengan meletakkan periuk di dalam campuran air dan ice.
Nasi yang masih panas diletakkan di bahagikan rata di atas dulang plastik/wooden choopingboard dan digaulkan dengan sebatian cuka sehingga rata keseluruhan dengan menggunakan senduk kayu (utk mengelakkan tindak balas cuka terhadap metal/besi). Pada masa yg sama, gunakan kipas untuk menyejukkan nasi.

Cadangan Hidangan:
Sedap menggunakan campuran tuna dan mayonaise dan timun yg dipotong memanjang dan dibuangkan tengahnya sebagai inti tengah.

Wednesday, December 10, 2008

Ahakss mari edit mengedit.......

Salam.....
Ape khabar semua pembaca2 blog....
"Selamat Hari Raya Aidiladha" rasenya tak terlewat pokci nak ucap selamat buat korang kan...

Hari ni pokci nak tunjukkan siket keje2 penipuan hehhe menggunakan beberape software je mcm2 boleh buat....

contoh ni pokci buat kat gambo pokci la hehe...
pokci suke buat2 benda2 mcm ni cume takde mase je nak buat benda2 ni....

korang tengok eak gambo sebelum dan selepas....

SEBELUM


SELEPAS

Wednesday, December 3, 2008

boring......

Heheheh.....
Hi all... boring lak petang2 ni...
So pokcik nak hilangkan boring, pokcik chat la gan kawan2 tadi....
Nak di jadikan citer kawan pokcik suruh la pokcik lukis gambok dia dalam bentuk katun heheh lame gak pokcik tak melukis... jadi ni la hasil nyer....


ni step pertame


ni step ke dua hehe letak color....

Tuesday, December 2, 2008

toilet.. oh... toilet...

Salam semua.... hari ni abah kurang sehat siket... huhu sakit perut arr.... baru nak gune tandas kat dalam kilang ni tapi p*** betul arr, tah sape la gune tak reti2 nak bersihkan huhuh sakit jiwa den.... ok pakci hari nak tunjuk beberape kopeng (keping) gambo hehe untuk tatap korang tengok2 la eak....


heheh bahyer paip jenis ni... heheh budak2 jangan tengok....


adeh.... sakit ni



wah.. kayer nyer hehehe...




ahakss....



uiksss malu la....


adeh abis la dunia batin ku.....


terbantut la nak kencing mcm ni.....


wah... bunga2 cinta gitew.... ahakss.....



















Wednesday, November 26, 2008

Permulaan untuk satu permulaan.....

Permulaan untuk satu permulaan.....?? mmmmm aku sendiri blank biler nak mule kan satu post untuk blog aku ni hahah tapi tangan memang gatal nak menulis... heheh tapi harap bukan sampai sini jer aku nyer blog ni .... heheh.
Pakcik ni poning sebonar nyer... dah la hujung2 tahun ni hujan je... pastu koje belambok la pulak hahah poning gak den ni.....
pakcik terase lak mcm nak pi tompat2 yg menarik tapi.... saku den lak tak mengizin kan heheh kalo ikut kanmemang nak bawak jer mamazafir gan si zafir berberjalan2......
citer pasal melancong ni kan aku ade beberape pin nak kogsi la... tengok la temapt2 menarik dalam dunia ni eakk.....






Ni gambar kat Tahiti Kiaora village cantik kan.....



Ni pulak kat Seminyak Bali



Ni pantai kat phuket....

Ni lak dekat jer gan kampung aku kat muar heheh gunung ledang....

Bayak lagi temapt2 yg menarik tapi malas lak aku nak cari gamabr2 dia hehehe...... nanti aku rajin aku sambung destinasi2 menarik kat dunia ni eak....

ok jumpe lagi nanti ......

da....